BIODATA TOKOH
Y Bhg Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah dan Ustaz Hj Ahmad Firdaus Mohammed Ali adalah sepupu sedatuk yang berasal dari Chemor Perak. Mereka berhasrat menabur bakti di kampung halaman mereka kerana Allah s.w.t.

DATO' DR. HAJI MOHD FADZILAH KAMSAH
Penaung Pusat Pengajian Islam At-Taiyibin
Lahir 16 Julai 1951 • Pakar motivasi Malaysia • Mengendalikan 18,000 kursus profesionalisme dalam perkhidmatan kerajaan dan swasta, metodologi dakwah, keusahawanan, penulisan dan kekeluargaan • Menulis lebih 40 buah buku • Tokoh Maal Hijrah 2008 Selangor
• Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian (Kepujian Kelas Pertama) Universiti Malaya, Ijazah Sarjana Sains Kewartawanan Pertanian dan PhD. dalam Psikologi Keorganisasian Universiti Wisconsin USA

USTAZ HJ. AHMAD FIRDAUS BIN MOHAMMED ALI
Pengasas Pusat Pengajian Islam At-Taiyyibin
Lahir 26.09.1982 • Aktif dalam kerja–kerja pembangunan masyarakat • Mengendali program pengajian untuk warga emas selama 10 tahun • Pengasas dan Mudir Pengajian Tahfiz PPIT • Guru Tauliah Negeri Perak, pendakwah bebas dan penceramah Radio Malaysia Perak FM • Shahadah Hifzil Quran Madrasah Miftahul Ulum Sri Petaling KL • Pengajian Bahasa Arab & Ilmu Islam Madrasatul Quran Kubang Bujuk Serada, Terengganu • Pengajian Islam & Ilmu Hadis Madrasah Mazharul Ulum MTQ Penanti, Pulau Pinang (1995–2008) • Mempelajari ilmu Al–Quran dan Hadis secara bersanad dengan para guru dari dalam dan luar negeri
dokumen penting pembinaan hukum syarak, kelulusan, pengesahan & sokongan
Projek Wakaf Ini Adalah Jihad Masjid
Kami bekerja keras berusaha membangunkan institusi ilmu berasaskan jihad-wakaf ini mengikut spesifikasi melalui saluran yang betul dan sah. Ia mengambil masa, tenaga, tumpuan, ketenangan dan ketabahan luar biasa sehingga ke tahap ini kerana kami hanyalah orang-orang kampung biasa.

KEBENARAN JABATAN MUFTI

TANDA ARAS KREDIBILITI PROJEK
