Pusat Pengajian Islam At-Taiyyibin

PENGORBANAN & AIRMATA UNTUK AL-QURAN DAN UMMAH

Atas dorongan iman dan perasaan tangungjawab terhadap agama dan umat Nabi Muhammad S.AW.

Masjid At-Taiyibin Chemor Perak gigih mengusahakan sendiri pembinaan pusat Tahfiz & Pondok Warga Emas, Asnaf & Mualaf di atas tanah rizab masjid berkeluasan 7 ekar dengan kos RM11.3 Juta .

Selama 5 tahun masjid bertungkus lumus berusaha mengumpul sendiri dana sebanyak RM11.3 Juta bagi membangunkan pusat pengajian moden ilmu Islam untuk orang-orang tua, asnaf dan mualaf mendalami ilmu agama secara formal.

Pihak Masjid juga merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada Ybhg Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah yang merupakan penaung kepada pusat pengajian ini kerana beliau turut bersungguh-sungguh mencari sumber dana fi sabilillah dengan harapan pusat pengajian wakaf ini dapat segera disiapkan sebelum berakhir tahun 2022.

Masjid At-Taiyibin adalah sebuah masjid kecil kariah di Chemor Perak yang berjiwa besar di lapangan dakwah dan jihad ilmu. Kasihnya masjid kepada masyarakat dan orang Islam maka AJK dan penduduk masjid bersatu padu untuk menyiapkan pusat pengajian Islam kariah mereka sendiri. Alhamdulilah masjid kami juga telah mula menuai hasil dengan melahirkan generasi penghafal Al-Quran melalui Program Pusat Tahfiz At-Taiyibin yang telah bermula sejak tahun 2016.

05_Pelan Pembangunan Keseluruhan_pg04
Borang Infaq

No payment items has been selected yet