Pusat Pengajian Islam At-Taiyyibin

Pengenalan

     Pusat Pengajian Islam At-Taiyyibin (PPIT) merupakan sebuah institusi pengajian yang beriltizam menerajui bidang pendidikan ilmu Islam dan kemahiran bagi golongan warga emas, asnaf, muallaf, remaja dan dewasa (Bidang Tahfiz & Pengajian).

     Terletak di Chemor, Perak, Pusat pengajian Islam yang sedang dibangunkan ini mendapat sokongan masyarakat, para ilmuan, agensi kerajaan serta barisan kepimpinan negeri Perak Darul Ridzuan.

     Berpontensi memberi impak besar ke arah pembangunan insan kamil, perspektif gagasan gabungan pendidikan Islam warga emas, asnaf, mualaf dan remaja bakal mendokong konsistensi wasatiyyah, perhubungan dan kelestarian bermasyarakat.

     Pusat Pengajian Isalam At-Taiyyibin telah mendapat kepercayaan dan kebenaran Jabatan Mufti Perak untuk dibangunkan di atas tanah wakaf Majlis Agama Islam Perak serta didaftarkan di bawah Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK/TAHFIZ/IP.166/18).

     Indikasi keyakinan terhadap kredibiliti dan potensi pembangunan pusat pengajian ini amat pengecualian cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia.